PETEMPATAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



KIT MEDIA MODEL PETEMPATAN DI MALAYSIA 


Berasakan Kotak







Keseluruhan Kandungan Kit Media




Nota Tambahan (Nota Poket)




Pola Petempatan Berjajar




Pola Petempatan Berselerak




 Pola Petempatan Berkelompok




Pola Petempatan Berpusat







PETEMPATAN DI MALAYSIA

JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA



 PETEMPATAN BANDAR







·         Merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat.


 CIRI-CIRI

·         Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang.
·         Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai.
·         Kawasan kediaman berciri moden.
·         Kegiatan ekonomi melibatkan;
  1.         Perindustrian
  2.         Perniagaan
  3.          Pembinaan
  4.       Pentadbiran
  5.       . Perkhidmatan 

PETEMPATAN LUAR BANDAR



  • ·         Merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai  kepadatan penduduk yang rendah.



      CIRI-CIRI


·         Jumlah penduduk kurang daripada   10 000 orang.
·         Kemudahan asas yang minimum.
·         Kawasan kediaman sedarhana dan berciri tradisional.
·         Kegiatan ekonomi terhad kepada;
-                   1. Pertanian
-                   2. Penternakan
-                  3.  Industri desa

POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA




PETEMPATAN BERPUSAT

v  Rumah / bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk.
v  Terdapat di kawasan persimpangan jalan raya / taman perumahan. Cth: Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
v  Terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan, dan rumah ibadat.



PETEMPATAN BERKELOMPOK

v  Susun atur rumah adalah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan.
v  Terdapat juga kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan seperti Felda Trolak (Perak), Felda Air Tawar (Johor), dan Felda Sahabat (Sabah).



PETEMPATAN BERJAJAR

v  Rumah / bangunan dibina di sepanjang jalan raya dan tepi pantai.
v  Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam.
v  Terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai.
v  Cth: sepanjang Sungai Rajang (Sarawak), dan persisir pantai Kuala Besut (Terengganu).




PETEMPATAN BERSELERAK

v  Rumah dan bangunan dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain.
v  Kelihatan bertaburan dan tidak seragam.
v  Terdapat di kawasan kampung, kebun kecil getah dan sayur.
v  Cth: Bukit Tinggi (Pahang) dan Kundasang (Sabah).




FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DAN LUAR BANDAR



BANDAR


Ø  Ekonomi


  •           Bandar perindustrian
         - Bandar yang mempunyai pelbagai kegiatan industri.
              - Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan, dan teknikal.
              - Sebagai contoh, Shah Alam (Selangor) dan Perai (Pulau Pinang)
  •          Bandar pelabuhan
      - Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport.
           - Penduduk terlibat dalam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim.
          - Sebagai contoh, Pasir Gudang (Johor), Klang (Selangor), Bintulu (Sarawak), Sepanggar (Sabah).
  •           Bandar perlombongan
      - Bandar yang berkembang akibat penerokaan sumber mineral.
            - Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali.
            - Sebagai contoh, Bintulu (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu) yang berfungsi sebagai bandar perlombongan petroleum dan gas asli.
  •           Bandar pelancongan
           - Bandar yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan.
          - Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor                     perniagaan dan sektor pelancongan.
          - Sebagai contoh, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan                        Bandaraya Melaka (Melaka).


  •           Bandar Teknologi Maklumat
               - Bandar yang berperanan mengembangkan teknologi dan                    telekomunikasi (ICT).
              - Terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan                       pengguanaan ICT termasuklah pemasaran dan              
                 pengaturcaraan komputer.
            - Sebagai contoh, Cyberjaya (Selangor) dan Taman Teknologi             Malaysia (Kuala Lumpur).


Ø  Sosial
  •           Bandar pendidikan
               - Terdapat institusi pendidikan tinggi yang menawarkan    
                  peluang pendidikan.
              - Wujud peluang pekerjaan sebagai pensyarah atau 
                 kakitangan institusi pendidikan tinggi.
              - Sebagai contoh, Unuversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 
                 Tanjung Malim (Perak).
  •          Bandar satelit
               - Berperanan sebagai bandar sokongan kepada bandar 
                 utama.
               - Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
               - Sebagai contoh, Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang 
                 (Negeri Sembilan).

  •           Bandar diraja
               - Bandar yang menjadi tempat terletaknya istana, iaitu 
                  kediaman rasmi bagi sultan atau raja.
               - Wujud peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk 
                  setempat disebabkan aktiviti pelancongan.
               - Sebagai contoh, Pekan (Pahang), Kuala Kangsar (Perak) 
                  dan Arau (Perlis).
                 

Ø  Kerajaan / Governan


  •           Bandar pentadbiran
                - Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara atau pusat 
                  pentadbiran.
                - Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada  
                  penduduk.
                - Sebagai contoh, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran 
                  Kerajaan Persekutuan manakala Kota Kinabalu (Sabah), 
                  Kuantan (Pahang) dan Kangar (Perlis) berperanan sebagai 
                  ibu negeri.

  •           Bandar pertahanan
                - Menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar 
                  ini berkembang sebagai kawasan petempatan yang lebih 
                  besar.
               - Sebagai contoh, Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri 
                  Sembilan).

  •           Bandar sempadan
                 - Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara.
                 - Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak.
                 - Sebagai contoh, Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang 
                   Besar (Perlis).




LUAR BANDAR


Ø  Ekonomi


  •          Penglibatan penduduk dalam kegiatan pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa.


Ø  Sosiaal


  •         Terdapat kemudahan seperti rumah ibadat, klinik, pejabat pos, perkhidmatan telefon, bas dan teksi.


Ø  Kerajaan / Governan


  •           Terdapat kemudahan urusan pentadbiran seperti pejabat penghulu dan balai raya.





PANDUAN PENGGUNAAN KIT MEDIA



      1. Pelajar dikehendaki membentuk 4 kumpulaan yang terdiri daripada6 -7 orang pelajar.

      2. Wakil setiap kumpulan mestilah mencabut nombor yang telah disediakan.

      3. Seterusnya, setiap kumpulan mestilah berada di sekeliling kit media.

      4. Guru membuka  dan menunjukkan pola-pola petempatan yang ada dalam kit media tersebut.

      5. Jenis pola petempatan tersebut diwakili oleh nombor.

    6. Pelajar dikehendaki mengenalpasti dan menjawab jenis pola petempatan berdasarkan nombor yang telah dipilihnya.

      7. Nota tambahan diberikan

     8. Pelajar hendaklah membaca nota tambahan yang telah diberikan bagi menambah informasi berkaitan subtopik petempatan di Malaysia.







Comments

  1. Bagai mana buat karangan tentang geografi di
    atas

    ReplyDelete
  2. ini membantu sangat kepada pelajar pelajar tingkatan 1

    ReplyDelete
  3. Boleh dijadikan sumber rujukan .....😀
    GOOD JOB !😉

    ReplyDelete
  4. Yang ini senang untuk tingkatan satu dan notanya menarik sangat ;-; :):):):)

    ReplyDelete
  5. saya sangat gembira menggunakan ini

    ReplyDelete
  6. Babi kau anjing kau hisap dadah

    ReplyDelete
  7. Trima kasih ..nota sangat berguna ..semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  8. The Coin Casino Review 2021 - CasinoWow
    Check out our comprehensive review of The Coin Casino to see if you can take advantage of the huge welcome 인카지노 package. Read our in-depth review. Rating: 4.5 메리트카지노 · ‎Review by 제왕 카지노 CasinoWow

    ReplyDelete

Post a Comment